Entri Terkini

GMBM

3/10/2015 08:04:00 PTG | Kathy R'bain
GMBM di tubuhkan pada 21 Oktober 2014 bertujuan untuk mengumpulkan sahabat² blogger yang bergelar ibu,emak,mama,bonda,ummi dan sebagainya serta bakal ibu untuk sama² berkongsi cerita,tips,petua dan juga boleh ping entri belog di sini. Boleh bertanyakan sebarang soalan dan kemusykilan berkaitan hal ibu,anak & lain² dan akan sedaya upaya akan di jawab oleh admin atau ahli² Grup Mama Bloggers Malaysia yang lain.


cover time line grup fb lama
Cover Timeline Lama GMBM


Grup Mama Bloggers Malaysia (GMBM) adalah sebuah grup tertutup yang keahliannya akan di luluskan oleh admin dan penaung GMBM iaitu blogger +Kathy R'bain . Ini berikutan kerana pemilihan ahli kumpulan ini berdasarkan pada status seorang MAMA dan juga BLOGGER. Tagline kami: Kami adalah Mama. Tiada retis,tiada newbie.

Grup ini pada mulanya cuma tempat ping entri belog sahaja dan memiliki seramai 51 orang ahli walaupun tidak semuanya aktif. namun kini kami juga ingin merapatkan silaturahim dan wujudlah Geng WhatsApp GMBM pada 20 Januari 2015 yang telah masuk 23 orang ketika artikel ini di taip.

Alhamdulillah,akhirnya setelah sekian lama,setelah melalui beberapa kesibukan admin mempunyai perluang untuk mencipta logo grup yang boleh di gunakan oleh setiap ahli  GMBM. Mereka boleh meletakkan logo tersebut di sidebar belog masing. Tiada paksaan untuk ahli grup.



Timeline Terkini pada  6 Februari 2015
Kini kami melangkah setapak lagi. Terbitlah Belog Projek GMBM untuk perkongsian ilmu yang akan di tulis bersama oleh Mama Bloggers yang Gojess lagi Vogue. Alhamdulillah,semua memainkan peranan penting dan sangat bekerjasama untuk menjayakan Belog Projek GMBM ini. Mereka akan bersama kathy untuk memeriahkan pengisian input di BPGMBM.

Sebagai pengasas kepada Grup Mama Bloggers Malaysia,Geng WhatsApp Grup Mama Bloggers Malaysia dan kini Belog Projek Grup Mama Bloggers Malaysia,kathy berharap dan berdoa agar grup ini sentiasa maju dan ahlinya berjaya selalu. Moga kami semua akan sentiasa bersatu dan tidak terlupa tujuan kita menjadi ahli. Moga kita di lindungi Allah dari sikap sombong,iri hati,dengki,berpuak dan sebagainya. InshaAllah.


Sayang Selalu:-

Kathy Rbain
Pengasas dan Admin GMBM.