Entri Terkini

:: 10 Fakta Menarik Tentang Tubuh Wanita ::

12/10/2015 06:30:00 PG | Maria Firdz

Menjadi wanita, adalah perkara paling penting di dunia. Bersyukurlah telah dilahirkan ke dunia sebagai wanita, dunia tidak akan lengkap tanpa adanya wanita.

Kelemahlembutan, senyuman yang manis dan bersahaja, kerlingan mata, serta sifat yang manja, membuat dunia ini jauh lebih mesra dan lembut.

Dikenali sebagai makhluk yang indah, wanita punya keunikan sendiri yang terpancar melalui tubuhnya. Sudah tahukah anda 10 fakta unik tentang tubuh anda sendiri seperti yang dilaporkan oleh glam.com berikut ini?

1. Klitoris
Klitoris adalah satu-satunya bahagian tubuh wanita yang direka hanya untuk mengalami rangsangan dan kenikmatan seksual, tanpa mempunyai fungsi lain. Klitoris terdiri daripada beratus-ratus bahkan beribu-ribu sel saraf, dan jumlahnya dua kali ganda berbanding yang ada di dalam mr. P.

2. Selaput Dara
Selaput dara adalah membran nipis yang menutupi bahagian miss V wanita. Selaput dara ini tidak hanya boleh robek kerana hubungan seksual, tetapi juga kerana jatuh, atau gerakan yang sangat ekstrim. Mengapa pada saat malam pertama tidak selalu mengeluarkan darah? Selaput dara yang terkoyak kerap ditandai dengan adanya darah, namun selaput dara juga boleh anjal sehingga tidak akan terjadi pendarahan dalam penetrasi. Saintis menyatakan bahawa selaput dara bukanlah tanda keperawanan yang mutlak, kerana ia boleh koyak dengan tanpa disebabkan penembusan sekalipun.

3. Hamil
Ternyata hamil itu tidak mudah ditentukan. Sekalipun seseorang berhubungan intim nyaris setiap hari, bila anda tak tahu kapan hari tepat berovulasi, maka kecil kemungkinan sperma dapat menyuburkan sel telur. Menghitung hari kesuburan wanita, juga tidak bermula dari hari terakhir haid, melainkan dari hari pertama haid bermula.

4. Rahim
Rahim wanita sangatlah anjal. Semasa tidak hamil, rahim bersaiz kecil, sekurang-kurangnya tiga inci. Namun, ketika sedang hamil, tepi luar rahim boleh mencapai tepi bawah tulang rusuk saat membawa janin di dalamnya.

5. ASI
Uniknya tubuh wanita adalah kemampuan menciptakan susu atau disebut juga Air Susu Ibu. Lelaki tidak boleh melakukan hal ini kerana tubuhnya tidak dilengkapi dengan kelenjar susu. Kemampuan menyusukan seorang wanita tidak ditentukan oleh saiz payudara, kerana sekalipun payudara bersaiz kecil, tetap saja boleh menghasilkan ASI.

6. Pendengaran
Wanita mempunyai keupayaan mendengar yang berbeza berbanding lelaki. Menurut kajian yang dilakukan Indiana University School of Medicine, lelaki hanya boleh mendengar dengan satu sisi otak saja, sedangkan wanita menggunakan keduanya. Inilah mengapa wanita disebut sebagai sosok pendengar yang jauh lebih baik berbanding lelaki.

7. Usus Lebih Panjang
Di dalam tubuh wanita, bahagian usus besarnya cenderung lebih panjang berbanding lelaki. Hal ini diramalkan yang juga menyebabkan wanita jadi lebih mudah gemuk berbanding lelaki. Wanita yang ingin berat badannya turun haruslah melakukan 1-2 kali pembuangan air besar setiap harinya.

8. Rambut Kemaluan
Rambut kemaluan wanita akan tumbuh lebih panjang di masa musim sejuk. Mereka kemudian tidak bertambah lebih panjang lagi kerana cenderung akan mati dan gugur setelah tiga minggu lamanya.

9. Gairah
Di musim panas, ghairah wanita jauh lebih meningkat. Penulis sains Patricia Barnes, mengatakan bahawa wanita mudah sekali terangsang oleh wangian seperti lavender, mawar dan mint yang akan membawa keluar perasaan manis dan meningkatkan libido seksual.

10. DNA
Bicara soal garis keturunan, secara ajaib DNA dari nenek moyang anda akan terbawa terus menerus hingga setiap keturunan anda. DNA ini selain merupakan identiti juga membawa beberapa hal yang boleh diturunkan secara genetik. 
(Sumber: Vemale.com)

Tubuh wanita sangat istimewa Allah cipta.. yang pastinya ada kelebihan kenapa diciptakan begitu... Syukurlah kerana kita wanita... lahirkan rasa syukur itu dengan menutup aurat dengan sempurna. 

4 ulasan:

Kami TULIS,Anda BACA dan KOMEN. TERIMA KASIH sudi singgah dan FOLLOW Belog Projek GMBM.