Entri Terkini

RESEPI ROTI LAPIS AYAM KARI

4/11/2015 04:00:00 PTG | Kathy R'bain
 roti lapis ayam kari

 Assalamualaikum !! Dah lama tak update resepi di belog ini. So,hari ini nak share resepi mudah yang boleh di buat untuk sarapan sekeluarga. pastinya enak dan mengenyangkan. Jom kita periksa resepi yer?

Resepi Olahan : KRDR

BAHAN
12 keping roti gardenia or lain²
2 biji telur
3 sudu susu tepung dibancuh air
Garam
4 keping keju slices

BAHAN INTI
1 mangkuk daging ayam cincang
1 labu bawang besar di hiris
5 ulas bawang putih di hiris
Serbuk kari
Serbuk cili
Daun kari (pilihan)
Garam / gula
Minyak masak & mentega

CARA
1. Siapkan dulu bahan intinya. Tumis bawang besar,putih dan daun kari hingga garing kemudian masukkan ayam tadi. Masak seketika kemudian tambahkan serbuk kari dan cili secukupnya. Goreng hingga ayam benar² kering dan rempah menyalutinya kemudian perasakan secukup rasa. Ketepikan biar sejuk.

2. Bancuh susu tepung,air,telur dan garam dan pukul sebati. Kemudian ambil roti dan celupkan ke dalam bancuhan tadi sebelum susun dalam loyang. 4 keping untuk lapis pertama kemudian masukkan inti. Buatlah proses ini sehingga roti dan inti habis. Susun keju slices di atasnya dan bakar hingga masak dalam 30-35 minit dengan suhu 180 celcius.

4 ulasan:

  1. fuhhhh terbakor tengok gambar roti lapis kari ayam tu :D

    BalasPadam
  2. warghhh...kena try ni....Salam Perkenalan...Sal dari kisahpondokkecil.com

    BalasPadam

Kami TULIS,Anda BACA dan KOMEN. TERIMA KASIH sudi singgah dan FOLLOW Belog Projek GMBM.