Entri Terkini

RESEPI AYAM PEDAS BERKUAH

3/29/2015 01:10:00 PTG | Kathy R'bain
 
 
 
 
Hola.... apa khabar semua? hari ini kathy nak update resipi yang pernah Kathy buat  untuk juadah kami anak beranak. Sedap tak sedap korang kena cuba sendiri. tapi bagi Kathy sekeluarga yang kurang gemar makanan berempah lebih suka prefer menu yang simple  begini. dan yang penting,pedas. taste melayulah katakan.hehehehe.   
Oklah,jom kita periksa resipi yer?
BAHAN:
 
ayam potong agak kecil
kicap manis
kicap pekat
kiub ayam
air atau stok ayam
perasa
BAHAN KISAR:
 
cili kering
bawang putih
bawang merah
bawang besar
halia  
CARA:
 
Bahan kisar tadi di tumis hingga naik minyak. masukkan ayam dan gaul sebati dengan rempah tadi hingga mesra. kemudian baru tambahkan air dan masak hingga ayam agak empuk. Tambahkan kicap manis,kicap pekat dan kiub ayam.  Masak lagi hingga kuah agak pekat baru tambahkan perasa secukupnya. Jangan masak hingga kuah kering,cukup ia mendidih dan pekat.
 
Olahan : KRDR

9 ulasan:

Kami TULIS,Anda BACA dan KOMEN. TERIMA KASIH sudi singgah dan FOLLOW Belog Projek GMBM.