Entri Terkini

PROMOSI BOOKCAFE #MYCYBERSALE2016

9/21/2016 05:18:00 PTG | Hani Fadhlina Abdul Rahman

Assalamualaikum & Selamat Petang kengkawan ... Kepada ulat buku diluar sana yang takde masa nak keluar membeli, boleh beli buku secara online dah sekarang ...


Sekarang nie BookCafe tengah buat sale ... Ada buku-buku yang dijual dengan diskaun sehingga 95% ... Buku yang berharga RM1 pun ada ... Pat pat pat sape cepat dia dapat ... Lekaih kengkawan ... KLIK jer mana-mana banner yang korang nak ... Kos penghantaran tengah percuma tu ...

Tarikh Promosi : 
26 - 30 September 2016 

#mycybersale2016
#bookcafe
...Baca Lagi...

KEDAI BUKU ONLINE | BOOKCAFE.COM.MY

7/30/2016 12:18:00 PTG | Hani Fadhlina Abdul Rahman
Assalamualaikum dan Salam Sejantera kengkawan ... Kepada pencinta-pencinta buku yang tak berkesempatan nak ke kedai membeli buku-buku baru ... Korang boleh lah membeli secara online kat BOOKCAFE.COM.MY ...

Kalau korang berangan-angan nak beli buku secara online ... Korang boleh datang sini ... Macam-macam jenis buku ada ...











Kalau korang berhajat nak hadiah kan buku kat anak-anak ker anak sedara ker ... Boleh jugak mai shopping kat sini ... Jom skodeng buku apa yang ada kat sini ... Korang boleh ler ajak anak-anak tengok sekali pilih mana yang dia orang berkenan ...



Ada banyak lagi sebenar nyer ... Cemuih plak korang tengok nanti ... Pilih jer mana korang berkenan ... Harga pun berpatutan ... Kalau kena pada masa nyer ada diskaun plak lagi ... Memang digalakkan lah beli kat sini  ... Ini lah sebab nyer ...

...Baca Lagi...

INFORMASI TENTANG TELUR

3/06/2016 02:10:00 PTG | Kathy R'bain
 
http://3.bp.blogspot.com/-7_TjPA7_-BY/T6svyOJNEgI/AAAAAAAAACY/D81Pa4xy5EA/s364/kjlj%253B.jpg
kredit gambar : google
Hola peeps...Lamanya Kathy tak update entri kat sini kan? Bukan apalah,blog ber'niche' begini amat sukar di update jika tiada entri sesuai . So,setelah menimbang² kathy buat keputudan untuk update entri informasi berkaitan telur yang Kathy share dari belog resipi Kathy.


Telur adalah bahan asas yang selalu ada di dapur kita. selalaunya yang paling lazim berada di dapur kita adalah telur ayam kan? Sebab penyediaan makanan berasakan telur sangat mudah dan ianya memang sedap.  Kathy memang layan lauk berasaskan telur.

Disini Kathy ingin berkongsi sikit informasi tentang telur untuk semua:-

  • kekal kesegaran - telur tidak boleh di simpan  di tempat yang panas dan terdedah kerana menyebabkan sulfur yang terkandung di dalamnya menjadi rosak. seeloknya simpan di dalam bekas bertutup.
  • cara mudah kupas telur - rebus telur seperti biasa. ketika telur telah mengeras ketuk kulitnya agar pecah dan biar terenda dalam air rebusan seketika sebelum di angkat.
  • kualiti telur - telur yang terendam di dasar bekas berbeti telur tersebut masih berat dan baru. telur yang sedikit miring atau berdiri bereti telah berusia seminggu dan telur yang terpaung menandakan telur lama dan hampir busuk.
  • amalan baik - basuh telur sebelum di simpan dan di gunakan bagi membersihkan telur dari najis yang melekat ketika proses telur di keluarkan.
  • beza telur - kandungan kolesterol telur itik adalah lebih tinggi berbanding ayam iaiatu lebih kurang 16.20 miligran bagi setiap gram kuning telur.
Ini adalah serba sedikit informasi berkenaan dengan telur yang kathy olah dari pembacaan di majalah MW. moga bermanfaat untuk semua. terima aksih kerana membaca. :)

Kredit : Informasi tentang telur & Majalah Mingguan Wanita.
...Baca Lagi...

BMWARD | BENGKEL MEMBAIKI KENDERAAN

1/25/2016 02:46:00 PTG | Hani Fadhlina Abdul Rahman
BmwarD

Kereta anda rosak ? Nak servis ?
Perlukan bantuan ... ???

Sesiapa pengguna kereta yang menetap atau bekerja di sekitar Sri Rampai @ sekitar Kuala Lumpur & Selangor), sila datang untuk service serta baikpulih kereta anda dengan harga berpatutan ...Pekerja-pekerja yang boleh dipercayai ... Haa ... Kalau tengok kan nama bengkel takut orang nak datang kottt ... Tapi sebenar nyer semua kereta boleh diservis atau dibaikpulih ... Mana-mana kereta pun boleh jer datang serbu ... Mempunyai pengalaman bekerja membaiki BMW selama 16 tahun ... Hebat kannn ...

Sokongan orang-orang kita untuk peniaga-peniaga kita, Insya'Allah semua berjaya

Sila hubungi :


16, Jalan Megan Setapak 1, 
Taman Sri Rampai, 
53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Mon-Sat:
10:00 am - 8:00 pm

Call: 
+603 4144 1942 (Office)


Call/Whatsapp: 
+6019 300 1342 (Dan)
+6012 228 6103 (Min)
+6012 404 5050 (Ren)

Specialist in BMW Repair & Parts

...Baca Lagi...

Welcome 2016

1/01/2016 08:30:00 PG | Hani Fadhlina Abdul Rahman


Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. 

http://1.bp.blogspot.com/_tK0zLHQlrw0/SVmh9zXGNWI/AAAAAAAAB88/NaP2suvEivY/s1600/doa%2Bawal%2Bthn.bmp[doa+akhir+tahun.bmp]
...Baca Lagi...

PENGUMUMAN TARIKH CASH OUT 8SHARE

12/10/2015 05:42:00 PTG | Hani Fadhlina Abdul Rahman
Image result for 8share
Dapat e-mail dari Yuna 8Share ...
So, kepada anda yang ada akaun 8Share jangan nangis eak ...
Simpan tahun depan tau ...
Kumpul banyak-banyak dulu ...


Image result for 8share

Hi Hani, 
Kami ingin maklumkan kepada anda yang 
tarikh cash out seterusnya adalah pada 4 Januari 2016.
Anda masih boleh menghantar cash out request 
tetapi cash out tersebut hanya akan diproses pada 4 Januari 2016. 
Jika terdapat sebarang pertanyaan, Yuna sedia membantu anda.
Terima kasih dan selamat bercuti
intercomavatar

Image result for 8share

...Baca Lagi...

:: 10 Fakta Menarik Tentang Tubuh Wanita ::

12/10/2015 06:30:00 PG | Maria Firdz

Menjadi wanita, adalah perkara paling penting di dunia. Bersyukurlah telah dilahirkan ke dunia sebagai wanita, dunia tidak akan lengkap tanpa adanya wanita.

Kelemahlembutan, senyuman yang manis dan bersahaja, kerlingan mata, serta sifat yang manja, membuat dunia ini jauh lebih mesra dan lembut.

Dikenali sebagai makhluk yang indah, wanita punya keunikan sendiri yang terpancar melalui tubuhnya. Sudah tahukah anda 10 fakta unik tentang tubuh anda sendiri seperti yang dilaporkan oleh glam.com berikut ini?

1. Klitoris
Klitoris adalah satu-satunya bahagian tubuh wanita yang direka hanya untuk mengalami rangsangan dan kenikmatan seksual, tanpa mempunyai fungsi lain. Klitoris terdiri daripada beratus-ratus bahkan beribu-ribu sel saraf, dan jumlahnya dua kali ganda berbanding yang ada di dalam mr. P.

2. Selaput Dara
Selaput dara adalah membran nipis yang menutupi bahagian miss V wanita. Selaput dara ini tidak hanya boleh robek kerana hubungan seksual, tetapi juga kerana jatuh, atau gerakan yang sangat ekstrim. Mengapa pada saat malam pertama tidak selalu mengeluarkan darah? Selaput dara yang terkoyak kerap ditandai dengan adanya darah, namun selaput dara juga boleh anjal sehingga tidak akan terjadi pendarahan dalam penetrasi. Saintis menyatakan bahawa selaput dara bukanlah tanda keperawanan yang mutlak, kerana ia boleh koyak dengan tanpa disebabkan penembusan sekalipun.

3. Hamil
Ternyata hamil itu tidak mudah ditentukan. Sekalipun seseorang berhubungan intim nyaris setiap hari, bila anda tak tahu kapan hari tepat berovulasi, maka kecil kemungkinan sperma dapat menyuburkan sel telur. Menghitung hari kesuburan wanita, juga tidak bermula dari hari terakhir haid, melainkan dari hari pertama haid bermula.

4. Rahim
Rahim wanita sangatlah anjal. Semasa tidak hamil, rahim bersaiz kecil, sekurang-kurangnya tiga inci. Namun, ketika sedang hamil, tepi luar rahim boleh mencapai tepi bawah tulang rusuk saat membawa janin di dalamnya.

5. ASI
Uniknya tubuh wanita adalah kemampuan menciptakan susu atau disebut juga Air Susu Ibu. Lelaki tidak boleh melakukan hal ini kerana tubuhnya tidak dilengkapi dengan kelenjar susu. Kemampuan menyusukan seorang wanita tidak ditentukan oleh saiz payudara, kerana sekalipun payudara bersaiz kecil, tetap saja boleh menghasilkan ASI.

6. Pendengaran
Wanita mempunyai keupayaan mendengar yang berbeza berbanding lelaki. Menurut kajian yang dilakukan Indiana University School of Medicine, lelaki hanya boleh mendengar dengan satu sisi otak saja, sedangkan wanita menggunakan keduanya. Inilah mengapa wanita disebut sebagai sosok pendengar yang jauh lebih baik berbanding lelaki.

7. Usus Lebih Panjang
Di dalam tubuh wanita, bahagian usus besarnya cenderung lebih panjang berbanding lelaki. Hal ini diramalkan yang juga menyebabkan wanita jadi lebih mudah gemuk berbanding lelaki. Wanita yang ingin berat badannya turun haruslah melakukan 1-2 kali pembuangan air besar setiap harinya.

8. Rambut Kemaluan
Rambut kemaluan wanita akan tumbuh lebih panjang di masa musim sejuk. Mereka kemudian tidak bertambah lebih panjang lagi kerana cenderung akan mati dan gugur setelah tiga minggu lamanya.

9. Gairah
Di musim panas, ghairah wanita jauh lebih meningkat. Penulis sains Patricia Barnes, mengatakan bahawa wanita mudah sekali terangsang oleh wangian seperti lavender, mawar dan mint yang akan membawa keluar perasaan manis dan meningkatkan libido seksual.

10. DNA
Bicara soal garis keturunan, secara ajaib DNA dari nenek moyang anda akan terbawa terus menerus hingga setiap keturunan anda. DNA ini selain merupakan identiti juga membawa beberapa hal yang boleh diturunkan secara genetik. 
(Sumber: Vemale.com)

Tubuh wanita sangat istimewa Allah cipta.. yang pastinya ada kelebihan kenapa diciptakan begitu... Syukurlah kerana kita wanita... lahirkan rasa syukur itu dengan menutup aurat dengan sempurna. 
...Baca Lagi...

Surah Bacaan Ketika Mengandung

12/07/2015 12:01:00 PG | Hani Fadhlina Abdul Rahman
Anugerah Allah ...

Surah Al-Fatihah- Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan

    Surah Maryam- Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
      Surah Luqman- Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa
        Surah Yusuf- Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak
          Surah Hujurat- Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
            Surah Yasin- Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
              Surah At-Taubah-Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat
                Surah An-Nahl- Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

                wallahua'lam ...

                Boleh jer kot nak amalkan mana-mana surah dalam Al-Qur'an ...
                Cuma yang di atas boleh dijadikan panduan ...
                ...Baca Lagi...

                BAHASA 'DOSA' YANG PERLU DIELAKKAN OLEH IBU BAPA

                11/20/2015 02:42:00 PTG | yong norliza



                Kadang kala tanpa kita sedari ada bahasa yang kita ucapkan setiap hari kepada anak-anak adalah bahasa 'dosa' yang menyebabkan anak semakin degil dan nakal. Bukankah kata-kata yang diucapkan oleh ibu dan ayah itu menjadi satu doa kepada anak. Jika yang diucapkan bahasa yang elok dan baik maka baiklah yang akan dapat kepada anak kita. Tetapi sekiranya yang diucapkan adalah "bahasa dosa", ia akan menyebabkan anak menjadi degil, bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan bermacam lagi sifat negatif.

                Itu antara perkongsian yang diberikan oleh Dr.Azlina Roszy Mohamad Ghaffar, Pakar Psikologi Klinikal Hospital Pakar An-Nur.


                Antara "bahasa dosa" tersebut adalah seperti berikut:


                1. Bahasa Melaknat

                Sering mengeluarkan kata-kata sumpah seranah, maki hamun, carutan. Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya akan menjadi seorang yang keras jiwa, memberontak, kurang keyakinan diri.


                2. Bahasa Menyindir

                Contoh ayat "Asyik mintak duit je. Kamu ingat ayah/ibu kerja cop duit?"

                Bahasa ini sangat mengguris emosi anak. Anak-anak biasanya tidak faham bahasa sindiran. Lebih baik berterus-terang dan menggunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.


                3. Bahasa Menipu

                Contohnya "Jangan nakal-nakal ye, nanti polis tangkap baru tau."

                Tanpa disedari kebanyakan ibu bapa sering menggunakan bahasa ini dalam situasi hendak memujuk anak. Hakikatnya ibu ayah tidak boleh berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak kepada ibu ayah dan akhirnya mereka sendiri meniru perbuatan tersebut.


                4. Bahasa Menempelak

                Contoh ayat "Tulah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah jatuh. Padan muka!"

                Anak-anak tidak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang mengguris emosi mereka. Sebaiknya, beritahu sahaja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya mereka tidak mengulanginya lagi.


                5. Bahasa Membebel

                Hakikatnya tiada siapa pun suka dirinya dileteri. Sebaiknay berikan arahan ataupun tegur anak dengan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus kepada kebaikan yang mereka buat. Anak yang sering dikritik dan dibebel tak akan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.
                 6. Bahasa Mengungkit

                Contoh ayat "Teruknya result periksa. Buat penat je ayah/ibu hantar tuisyen, belikan buku. Buang duit je macam ni."

                Sebaiknya ibu ayah perlu ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak. Bukankah mereka itu amanah dari Allah SWT.


                7. Bahasa Membandingkan
                Contoh ayat "Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu. Kamu ni asyik tahu nak main je."

                Jangan bersikap pilih kasih dan suka membandingkan anak-anak. Setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan atau menyayangi anak-anak tertentu hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan tertekan. Bahkan hubungan antara mereka juga akan renggang.


                8. Bahasa Mengugut
                Contoh ayat "Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu lari dari rumah."

                Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tetapi bukan dengan mengugut. Sebaiknya ibu bapa tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini mesti diterangkan dengan jelas kepada anak-anak. Ibu ayah perlu konsisten, tegas dan hukuman yang dikenakan perlu berpatutan. Insha Allah anak-anak akan faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunakan 'carta bintang' juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik terutama yang masih kecil.


                9. Bahasa Menuduh

                Contoh ayat "Kenapa adik menangis? Abang/kakak buat ya?"

                Jangan terus menuduh anak! Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar. Berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis tentang situasi sebenar. Janganlah disebabkan anda sebagai orang tua, maka tidak mahu langsung mendengar penjelasan anak. Dengan cara ini, ia memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika berbuat salah) dengan jujur.


                10. Bahasa Bisu

                Dengan mendiamkan diri ia tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mreka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.


                Menjadi ibu bapa itu tugas yang sangat mencabar dan tidak mudah. Ia satu perjuangan dalam menggalas tanggungjawab menjaga amanah dari Allah. Tapi ia akan berakhir dengan kebahagiaan apabila anak yang dibesarkan dan dididik menjadi anak yang baik dan bermanfaat kepada orang lain.



                ...Baca Lagi...